SEMANIS BICARA

                
                          
                        Ukhuwah itu               
             tidak terletak pada pertemuan ....
              Bukan pada manisnya ucapan di bibir... 
               Tetapi pada ingatan seseorang 
                 terhadap saudaranya didalam 
                          doanya....

               Ilmu yang hakiki itu ialah yang 
               memberi keyakinan bahawa maksiat 
               itu racun yang membunuh dan bahawa 
                akhirat itu lebih utama daripada 
                        kehidupan dunia.   

                 Ketahuilah kiranya kebahagiaan 
               orang yang dikuasai oleh kemalasan, 
               maka beratlah mereka untuk berjuang, 
                berlatih dan bekerja untuk sucikan 
                         diri dan akhlak.

               Barangsiapa yang menghabiskan waktu 
              berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan
                  harta kerana takutkan miskin, 
                    maka dialah sebenarnya orang 
                           yang miskin.

                           aisyahanis23








1:55 AM

DEMI MASA

Posted by NAFSAH MOHD SHAH


“Pernahkah anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah masih boleh cemerlang dalam peperiksaan sedangkan pelajar lain yang tidak begitu sibuk tidak cemerlang?”

Apakah maksud Teknik Pengurusan Masa?

Teknik Pengurusan Masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa sahaja.
Secara ringkas, Teknik Pengurusan Masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan Teknik pengurusan masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.
Mengapa kita perlu pelajari Teknik Pengurusan Masa?

Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik? Tentu mudah untuk menjawab soalan ini.

Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, anda akan habiskan masa anda dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Tanpa kemahiran pengurusan masa juga, anda tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

Contohnya, jika anda belajar selama dua jam, mungkin keberkesanannya hanya selama 10 minit sahaja. Jadi anda telah sia-siakan 1 jam 50 tadi. Inilah sebabnya mengapa anda rasa anda telah luangkan banyak masa belajar tetapi hasilnya tidak kelihatan.

0 comments: